Selamat Datang Ke Mansurah!!

|

Perubatan's Sports Day

|


PERUBATAN SPORT’S DAY COORDINATOR COMMITTEE

|
PATRON
MALAYSIAN STUDENT DEPARTMENT
ASSOCIATION OF MALAYSIAN MEDICAL
STUDENT IN EGYPT

ADVISOR
AHMAD WAFI BIN ARSHAD
MUHAMMAD IZZAT BIN MD KAMAL
NUR MADIHAH BT KAMALUL SAHAR
WAN IRHAM BT WAN MUHAMAD

EX-OFFICIO
MUHAMMAD HUSAINI BIN SALEH
RAMISAH AINI BT SHARIFPUDDIN

DIRECTOR
MOHD . FAISAL ‘ARIF BIN TARMIZI

ASSISTANT DIRECTOR
AMALINA BT YUSOF @ ABDULLAH SAARI
AMANI BT TAHARN

SECRETARY
MOHD AIZUDDIN BIN ABD.RAHMAN
NUR ‘IZZAH BT ABD.MAJID

TREASURER
MOHD FADHIL AMINOLHUDA
NUR AFIFAH BT AHMAD

DISCIPLINE AND PROTOCOL UNIT
AHMAD SOFIYUDDIN B SHA’ARI
KHADIJAH ABD.AZIZ ABDULLAH

VENUE UNIT
ABDULLAH TAHIR BIN ABDUL RAHIM
NURUL AIN BT ARSHAD

FOOD AND REFRESHMENT UNIT
ABDUL HAKIM BIN HAMSARI
IMAN BT NOR GHANI

SPORT AND GAMES UNIT
AHMAD SYAMIR BIN ABDULLAH
SUMAIYYAH BT MOHD.SUBERI
NURUL AKMAL BT IBRAHIM

PRIZES,SOUVENIRS & REGISTRATION UNIT
SYAZWAN BIN MOHD.ZAINI
SITI NURUL NADIA BT A.RAHAMAN

PUBLICITY AND PROMOTION UNIT
MOHAMAD AZRUL AZLY BIN ZARUL FUAD
SITI MARYAM BT MUHAMAT

SPECIAL TASK UNIT
MOHD SYAFI BIN ABD.BARI
SITI UMAIRAH BT MISNAN

Objektif Perubatan's Sports Day

|

1. Strengthen the unity among the members of this organization.
2. As a way for members to know each other.
3. Promote good health to members through organized game.
4. Improve communication and management skill.
5. Getting sponsorship for Perubatan activities.

Penilaian Anda

|
Perubatan's Sports Day telah berlalu dan pasti memberi suatu kesan dalam diri anda. Anda berhak untuk memberi penilaian. Kami mempelawa anda untuk memberi komen dan cadangan terhadap program yang diadakan sama ada baik atau buruk, untuk diteliti oleh pihak urusetia ketika sesi muhasabah nanti.

Penilaian dan penelitian itu akan dijadikan panduan untuk masa hadapan bagi meningkatkan prestasi dan membetulkan segala kekurangan agar tidak berulang lagi.

Penilaian yang diberikan hendaklah jujur dan membina, diharap tiada unsur-unsur emosi yang berlebihan. Kemungkinan pada masa hadapan tempat anda akan menjadi tuan rumah dan anda terlibat sebagai urusetia, moga-moga penilaian ini akan dapat membantu anda nanti.

Komen dan cadangan anda tidak akan diapprove, hanya akan direkod oleh pihak urusetia.

KEPUTUSAN PENUH PERUBATAN'S SPORTS DAY (AKHAWAT)

|

Futsal

Johan Zaqaziq

Naib Johan Mansurah 2

Basketball

Johan Iskandariah

Naib Johan Zaqaziq

Netball

Johan Mansurah 1

Naib Johan Mansurah 2

Sudoku

Johan Kaherah

Naib Johan Mansurah

Kokuro

Johan Kaherah

Naib Johan Mansurah

Gubahan

Johan Tanta

Naib Johan Kaherah

Win, Lose & Draw

Johan Mansurah

Naib Johan Tanta

Tennis

Johan Tanta

Naib Johan Mansurah 2

Pantomin

Johan Zaqaziq

Naib Johan Mansurah

Muhafazah Terbaik

Mansurah

KEPUTUSAN PENUH PERUBATAN'S SPORTS DAY (IKHWAH)

|

TARIK TALI

Johan Mansurah 2

Naib Johan Mansurah 1

BALING SELIPAR

Johan Mansurah

Naib Johan Mansurah

GALAH ANJANG

Johan Mansurah 2

Naib Johan Iskandariah

CHESS

Johan Iskandariah

Naib Johan Mansurah

DOTA

Johan Kaherah Team A

Naib Johan Iskandariah Team B

TENIS

Johan Mansurah

Naib Johan Iskandariah

OLAHRAGA

-100 m

Johan Tanta

Naib Johan Mansurah

-200 m

Johan Mansurah

Naib Johan Iskandariah

-400 m

Johan Mansurah

Naib Johan Kaherah

-800 m

Johan Mansurah

Naib Johan Kaherah

-4x100m

Johan Zaqaziq

Naib Johan Tanta

-4x400m

Johan Mansurah

Naib Johan Iskandariah

FUTSAL

Johan Kaherah 4

Naib Johan Kaherah 2

BOLA SEPAK PADANG

Johan Mansurah

Naib Johan Tanta

BASKETBALL

Johan Iskandariah

Naib Johan Kaherah

PING PONG

Johan Kaherah

Naib Johan Mansurah 4

Muhafazah Terbaik

Mansurah

Slide Show Perubatan's Sports Day

|

Makanan lewat jejas program

|
Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kegemilangan Perubatan's Sports yang menyaksikan sebuah kemeriahan yang jarang-jarang dialami dalam program-program sebelum ini dicacatkan dengan masalah makanan yang tiba lewat. Perkara ini amat dikesali oleh pihak jawatankuasa program terutamanya unit makanan.

Kelewatan ini menyebabkan kebanyakan peserta bergerak lewat ke muhafazah masing-masing dan ajk-ajk pula terpaksa pulang lewat malam sehingga berlarutan ke pukul 2 pagi.

Ketua unit makanan ketika dihubungi menyatakan bahawa beliau amat kesal terhadap perkara yang berlaku dan memohon kemaafan terhadap kesulitan ini. Perkara ini tidak dijangka apatah lagi dilaporkan bahawa atas faktor kekurangan peralatan untuk menampung bilangan tempahan yang banyak perkara ini terjadi.

Pengarah program turut melahirkan rasa kesal dan memohon maaf atas kesulitan serta berharap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada program-program akan datang.

Perubatan's Sports Day Gemilang, Tuan Rumah Juara

|
Saingan sengit yang diberikan oleh Kaherah, Tanta, Zaqaziq dan Iskandariah tidak berjaya menghalang kemaraan Mansurah untuk merangkul trofi juara keseluruhan. Keputusan diumumkan malam tadi ketika majlis penutup Perubatan's Sports Day.

Kemenangan Mansurah memang diramalkan memandangkan penguasaan Mansurah pada tempat teratas pada kebanyakan kejohanan seperti olahraga, pingpong, tenis dan lain-lain. Namun ada juga komen-komen yang menyatakan Mansurah menganjurkan perlawanan untuk menang sendiri.

Selain itu, Kaherah dan Iskandariah yang memberikan saingan sengit turut menduduki di tiga tempat teratas. Tanta dan Zaqaziq walaupun tidak bernasib baik namun semangat yang ditunjukkan tidak dapat diatasi pasukan lain. Hal ini ketara dilihat ketika majlis itu berlangsung.

Walaupun rata-rata peserta keletihan dan kelaparan namun itu tidak memadamkan semangat mereka dan menghadiri majlis itu semalam. Peserta -peserta bersorak riang apabila pasukan masing-masing diumumkan sebagai pemenang.

Majlis berakhir kira-kira pukul 10.45 malam dan peserta-peserta bergerak untuk kembali ke tempat masing-masing.

Zaqaziq Tunjuk Garang, Kejohanan Berjalan Lancar

|
Zaqaziq antara pasukan yang sampai awal ke stadium mansurah pagi ini. aura ungu menggerunkan pihak lawan lambang semangat juang yang tinggi. Rata-rata peserta zaqaziq melahirkan rasa gembira dan tidak sabar untuk berentap di gelanggang bagi merebut piala kejuaraan. Setiap daripada mereka memberikan persaingan yang sengit kepada pasukan lawan dalam setiap kejohanan yang disertai.

Kejohanan pagi ini walaupun bermula agak lewat daripada jadual asal namun perjalanan program berjalan dengan lancar. Kemeriahan sorakan para penyokong menceriakan suasana dan masing-masing memberi sokongan moral kepada pasukan pilihan. Perlawanan yang berlangsung ialah sukaneka, tenis dan balapan bagi pihak ikhwah, pada masa yang sama di tempat lain turut berlangsung acara DOTA dan chess di tempat yang ditetapkan.

Tidak ketinggalan berlangsung perlawanan netball, basketball dan sukaneka bagi pihak akhawat di gelanggang belakang stadium.

Namun ada rungutan kebimbangan daripada sesetengah ajk yang khuatir perlawanan tidak dapat dihabiskan kerana kekurangan masa.

Sikap para peserta yang mengabaikan kebersihan amatlah dikesali dan mereka dinasihatkan untuk menjaga kebersihan kawasan stadium dan membuang segala sampah di tempat yang disediakan.

Kejohanan bagi pihak ikhwah diberhentikan seketika apabila masuk waktu Jumaat dan akan disambung setelah semua selesai menunaikan kewajipan masing-masing.

Waspada helah Tanta

|
Mansurah, 6 Mac - Tanta ibarat harimau yang menyimpan kuku. Apabila ditanya kepada salah seorang peserta kontijen Tanta yang juga bekas Pengerusi Perubatan Cawangan Tanta berkenaan persediaan kontijen Tanta, beliau hanya memberi jawapan "Kita tunggu dan lihat".

Imej low-profile dan bebas publisiti Tanta menimbulkan tanda tanya bagi pasukan lain tentang kekuatan sebenar pasukan itu. Perkara ini akan tetap misteri sehinggalah pertemuan sebenar di gelanggang berlaku.

Tanta ialah penyandang juara piala Presiden PMRAM pada tahun ini.

Exco turun padang

|
Mansurah, 6 Mac - Pemimpin berjiwa rakyat. Beberapa orang exco Perubatan dilaporkan telah tiba di Mansurah sejak malam tadi memerhatikan dan menyertai persiapan akhir bagi Perubatan's Sports Day yang dijadualkan esok.

Antara yang tiba ialah Presiden Perubatan sendiri bersama Timbalan 1 dan 2, exco Sukan dan aktiviti luar dan beberapa orang lagi. Mereka turut menghadiri rehearsal majlis penutup yang diadakan di pejabat PCM. Selain itu, mereka juga mengambil peluang ini untuk bermesra dengan ahli-ahli Perubatan.

Pengumuman

|
1. Peserta dikehendaki menghadirkan diri seawal pukul 8 pagi untuk pendaftaran, sesi taklimat dan pemberian kupon makanan.

2. Memakai pakaian mengikut warna tema masing-masing.

3. Para penyokong dialu-alukan untuk menghadirkan diri bagi menyokong pasukan pilihan dan rakan-rakan anda.

4. Kupon makanan hanya untuk mereka yang membayar LE10 sahaja. Bayaran LE10 itu hanyalah untuk pemain sahaja.

5. Pendaftaran bagi Ikhwah - Padang Hadapan. Pendaftaran bagi Akhawat - Padang Belakang

6. Segala masalah boleh diajukan ke dalam blog ini dan terus menghubungi ajk yang berkenaan.

Kaherah janji gegar Mansurah tahun ini

|
Mansurah, 5 Mac - Salah seorang peserta kontijen Kaherah yang juga Setiausaha Perubatan Pusat menyatakan harapan pasukan Kaherah ialah 'kemenangan tercapai, ukhuwwah terjalin'.

Namun kemenangan yang disasarkan diramal bakal menjadi gempa yang menggegar bumi Mansurah dan pasukan-pasukan daripada muhafazah lain. Keyakinan terserlah pada pasukan yang bertemakan warna biru ini dan menjanjikan cabaran kepada pasukan-pasukan lain dan memberi amaran agar tidak memandang rendah kepada mereka.

Beliau yang juga bakal berentap di gelanggang tenis menyatakan persediaan rapi telah dilakukan dan beliau telah melakukan latihan bersama mereka yang pakar.

Tiada Halangan Buat Mansurah

|
Mansurah, 5 Mac - Gergasi merah Mansurah memberi amaran awal kepada pencabar-pencabar daripada muhafazah-muhafazah lain dengan melaungkan slogan bersemangat "Pulun Mansurah Pulun".

Perkara ini dinyatakan oleh ketua unit tugas-tugas khas, ketika dihubungi baru-baru ini. Beliau menyatakan bahawa unitnya telah bersetuju untuk memilih slogan ini kerana semangat yang terpancar pada setiap baris kata-kata itu. Slogan tersebut juga bakal membangkitkan semangat peserta untuk lebih berusaha dengan gigih untuk merebut kejuaraan.

Ketua Unit Sukan dan Permainan PCM turut mengesahkan pemilihan slogan ini. Selain itu, slogan "Dare To Challenge" turut dipilih sebagai laungan sorakan ketika kejohanan esok.

Para peserta dan penyokong Mansurah turut disarankan untuk beramai-ramai memakai warna merah bagi menggerunkan pasukan lawan esok.

Warna Tema

|
Pihak jawatankuasa program telah menetapkan warna-warna bagi setiap muhafazah. Warna-warna ini akan dijadikan sebagai identiti bagi setiap pasukan bagi muhafazah masing-masing. Berikut ialah warna-warna yang telah ditetapkan:

Mansurah - Merah
Kaherah - Biru
Iskandariah - Hijau
Tanta - Hitam
Zaqaziq - Ungu

Bagi para penyokong yang hadir anda digalakkan untuk hadir untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan-pasukan pilihan anda dengan turut menggayakan berdasarkan warna yang digariskan.

Unofficial Perubatan's Sports Day Video Promo

|

Tentatif Acara Sports Day '09 (Akhawat)

|
Tentatif Acara Sports Day Akhawat

TENTATIF ACARA SPORTS DAY ‘09’ (IKHWAH)

|
tentatif ikhwah

Kelahiran Blog Perubatan's Sports Day

|

Mansurah, 5 Mac – Unit Iklan dan Promosi tidak menoleh ke belakang dengan melancarkan blog Perubatan's Sports Day walaupun masa semakin suntuk kerana program akan dijadualkan berlangsung esok.

"Unit Iklan dan Promosi telah mencuba sehabis baik untuk menyampaikan segala maklumat berkenaan program ini dengan cepat dan tepat," kata Ketua Unit Iklan dan Promosi ketika dihubungi sebentar tadi.

Beliau turut berharap dengan kewujudan blog ini, ia dapat menjadi wadah penyampaian dan penerimaan maklumat secara terus kepada ahli Perubatan yang mengikuti program ini.

Menurut beliau lagi blog ini akan menyiarkan semula iklan-iklan dahulu, beberapa panduan, berita, gambar-gambar sebelum dan selepas aktiviti serta keputusan penuh setiap pertandingan dengan terkini dan sensasi.