Kelahiran Blog Perubatan's Sports Day

|

Mansurah, 5 Mac – Unit Iklan dan Promosi tidak menoleh ke belakang dengan melancarkan blog Perubatan's Sports Day walaupun masa semakin suntuk kerana program akan dijadualkan berlangsung esok.

"Unit Iklan dan Promosi telah mencuba sehabis baik untuk menyampaikan segala maklumat berkenaan program ini dengan cepat dan tepat," kata Ketua Unit Iklan dan Promosi ketika dihubungi sebentar tadi.

Beliau turut berharap dengan kewujudan blog ini, ia dapat menjadi wadah penyampaian dan penerimaan maklumat secara terus kepada ahli Perubatan yang mengikuti program ini.

Menurut beliau lagi blog ini akan menyiarkan semula iklan-iklan dahulu, beberapa panduan, berita, gambar-gambar sebelum dan selepas aktiviti serta keputusan penuh setiap pertandingan dengan terkini dan sensasi.

0 ulasan:

Post a Comment