Makanan lewat jejas program

|
Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kegemilangan Perubatan's Sports yang menyaksikan sebuah kemeriahan yang jarang-jarang dialami dalam program-program sebelum ini dicacatkan dengan masalah makanan yang tiba lewat. Perkara ini amat dikesali oleh pihak jawatankuasa program terutamanya unit makanan.

Kelewatan ini menyebabkan kebanyakan peserta bergerak lewat ke muhafazah masing-masing dan ajk-ajk pula terpaksa pulang lewat malam sehingga berlarutan ke pukul 2 pagi.

Ketua unit makanan ketika dihubungi menyatakan bahawa beliau amat kesal terhadap perkara yang berlaku dan memohon kemaafan terhadap kesulitan ini. Perkara ini tidak dijangka apatah lagi dilaporkan bahawa atas faktor kekurangan peralatan untuk menampung bilangan tempahan yang banyak perkara ini terjadi.

Pengarah program turut melahirkan rasa kesal dan memohon maaf atas kesulitan serta berharap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada program-program akan datang.

1 ulasan:

Anonymous said...

pkol 1.15 pg baru mknn smpai dpn istad.. kami sgt kecewa, jnji pkol 10 mlm.... menunggu suatu penyeksaan~

Post a Comment