Tiada Halangan Buat Mansurah

|
Mansurah, 5 Mac - Gergasi merah Mansurah memberi amaran awal kepada pencabar-pencabar daripada muhafazah-muhafazah lain dengan melaungkan slogan bersemangat "Pulun Mansurah Pulun".

Perkara ini dinyatakan oleh ketua unit tugas-tugas khas, ketika dihubungi baru-baru ini. Beliau menyatakan bahawa unitnya telah bersetuju untuk memilih slogan ini kerana semangat yang terpancar pada setiap baris kata-kata itu. Slogan tersebut juga bakal membangkitkan semangat peserta untuk lebih berusaha dengan gigih untuk merebut kejuaraan.

Ketua Unit Sukan dan Permainan PCM turut mengesahkan pemilihan slogan ini. Selain itu, slogan "Dare To Challenge" turut dipilih sebagai laungan sorakan ketika kejohanan esok.

Para peserta dan penyokong Mansurah turut disarankan untuk beramai-ramai memakai warna merah bagi menggerunkan pasukan lawan esok.

0 ulasan:

Post a Comment