Zaqaziq Tunjuk Garang, Kejohanan Berjalan Lancar

|
Zaqaziq antara pasukan yang sampai awal ke stadium mansurah pagi ini. aura ungu menggerunkan pihak lawan lambang semangat juang yang tinggi. Rata-rata peserta zaqaziq melahirkan rasa gembira dan tidak sabar untuk berentap di gelanggang bagi merebut piala kejuaraan. Setiap daripada mereka memberikan persaingan yang sengit kepada pasukan lawan dalam setiap kejohanan yang disertai.

Kejohanan pagi ini walaupun bermula agak lewat daripada jadual asal namun perjalanan program berjalan dengan lancar. Kemeriahan sorakan para penyokong menceriakan suasana dan masing-masing memberi sokongan moral kepada pasukan pilihan. Perlawanan yang berlangsung ialah sukaneka, tenis dan balapan bagi pihak ikhwah, pada masa yang sama di tempat lain turut berlangsung acara DOTA dan chess di tempat yang ditetapkan.

Tidak ketinggalan berlangsung perlawanan netball, basketball dan sukaneka bagi pihak akhawat di gelanggang belakang stadium.

Namun ada rungutan kebimbangan daripada sesetengah ajk yang khuatir perlawanan tidak dapat dihabiskan kerana kekurangan masa.

Sikap para peserta yang mengabaikan kebersihan amatlah dikesali dan mereka dinasihatkan untuk menjaga kebersihan kawasan stadium dan membuang segala sampah di tempat yang disediakan.

Kejohanan bagi pihak ikhwah diberhentikan seketika apabila masuk waktu Jumaat dan akan disambung setelah semua selesai menunaikan kewajipan masing-masing.

1 ulasan:

Anonymous said...

zagzig menang sorak time majlis penutup je,,hahaa

Post a Comment